Webinar Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, telah berlangsungnya Webinar Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web. Program ini berlangsung secara atas talian di NADI Pokok Jawi bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan bahayanya dark web kepada masyarakat kini.
Sepanjang program ini berlangsung, penceramah Encik Izzat Hamizan memberi penerangan mengenai dark web, apa yang terkandung dalam dark web disamping sedikit demo cara dark web berurusan.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada komuniti mengenai bahayanya internet terutama dark web serta membina hubungan baik diantara staf NADI dan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: